Wahai Nabi.

Wahai Nabi! Tetaplah bertaqwa kepada Allah, dan janganlah engkau patuhi kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.(33/1)

Isnin, 20 Julai 2009

Isyrak Mikraj.


Pada 27hb Rejab berlaku-lah peristiwa Isyrak Mikraj, yaaitu peristiwa Nabi Muhammad SAW. dibawa ke Palestin, dan kemudian diangkat kelangit untuk mendapat perentah solat sebanyak 50 kali sehari, tetapi akhirnya dikurangkan kepada 5 kali sahaja. Maka marilah kita memperbanyak-kan amalan agar kehangatan bulan yang penuh keberkatan yang bakal menjelma akan dirasai begitu istimewa sekali. Rasa-lah ia umpama tahun ini adalah tahun terakhir bagi diri kita...Amin..

Sabtu, 18 Julai 2009

Al-Hikam.


Pelajaran 3.

Kekerasan semangat atau perjuangan itu,
tidak akan dapat menembusi tirai takdir.

Segala apa yang terjadi itu semata2 dengan takdir Allah.

Syaitan sebagai musuh manusia.


Syaitan sebagai musuh manusia tidak suka bila melihat manusia itu tenang, maka ia datang membisik-kan kepada manusia, supaya tidak puas terhadap apa yang telah diberi-kan oleh Allah kepadanya, dan selalu membayangkan kepada kesenangan, kemewahan, ketenangan orang lain untuk membangkit-kan sifat tamak (rakus), iri hati terhadap apa yang bukan bahagiannya.

Tetaplah dalam kedudukanmu, sedang apa yang akan diberikan Allah kepada mu pasti sampai (tercapai) olehmu. Insyallah.

Al-Hikam


Pelajaran 2.

Keinginanmu untuk tajrid (melulu beribadat, tanpa usaha dunia), padahal Allah masih menempatkan engkau pada gulungan orang orang yang harus berusaha untuk mendapat keperluan sehari2, maka keinginan mu itu termasuk shawat hawa nafsu yang samar (halus).

Sebaliknya, keinginan mu untuk berusaha, padahal Allah telah menempatkan diri mu pada orang yang beribadat, maka keinginan yang demikian bererti menurun dari semangat dan tingkat yang tinggi.

Sebab kewajipan saorang hamba itu menyerah kepada yang dipilih oleh majikan-nya, lebih2 lagi apabila majikan itu ialah Allah yang mengetahui benar2 apa yang menguntungkan dan yang menyusahkan bagi-nya.

Terjemahan Surah Yunus ayat 58.


"Katakanlah, hanya kerana merasakan kurnia rahmat Allah-lah kamu boleh bergembira, dan itulah lebih baik (berguna) bagi mereka daripada apa yang dapat mereka kumpulkan sendiri."

Sedang bersandar pada amal usaha itu bererti lupa pada kurnia rahmat Allah yang memberi taufik, hidayah kepadanya, yang akhirnya pasti ia ujub sombong, merasa sempurna diri, sebagaimana yang telah terjadi pada iblis ketika diperentah bersujud kepada Adam.

Al-Hikam.


Pelajaran 1.

Setengah dari tanda bahawa saorang itu bersandar diri pada kekuatan amal usaha, yaaitu berkurangan pengharapan terhadap rahmat kurnia Allah ketika terjadi padanya suatu kesalahan atau dosa.

Zahirnya syariat menyuruh kita berusaha, beramal, sedang hakikat syariat melarang kita menyandarkan diri pada amal usaha itu supaya tetap bersandar pada kurnia rahmat Allah.

Khamis, 16 Julai 2009

Mulia.


Siapa merendahkan dirinya kepada Allah
akan dimuliakan oleh manusia.
Insyallah.

Rabu, 15 Julai 2009

Fatwa.


Mintalahlah fatwa dari hati kamu sendiri
walaupon orang lain telah memberikan kamu fatwa.

Haji.


Orang yang menunaikan fardu haji tidak suka bergaduh.
Kalau ia suka bergaduh ia belum menunaikan fardu hajinya.

Puasa.


Orang yang puasa kuat bersabar
Orang yang puasa tetapi tidak sabar
ertinya ia tidak berpuasa.

Solat.


Orang yang solat tidak jahat.
Orang yang solat tetapi ia jahat
ertinya ia belum bersolat.

Orang yang pandai.


Orang yang pandai ialah orang yang belajar dari pengalaman orang lain.

Orang yang kuat.


Orang yang kuat ialah orang yang menahan marahnya apabila ia marah.

Orang yang lemah.


Orang yang lemah
ialah orang yang buat kesalahan yang sama berulang ulang kali.

To err is human.


Yang sentiasa buat perkara yang betul ialah malikat.
Yang sentiasa buat perkara yang salah ialah syaitan.
Yang ada masa buat perkara yang betul,
dan ada masa buat perkara yang salah
ialah manusia.

Salam.


Selamat datang keblog saya.

Al-Quran recital online.

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations